About

Selamat Datang ke

GAMBAR KAHWIN MURAH Kami :

 
SECARA JUJURNYA KAMI BERPENGALAMAN LEBIH DARI 10thn. Bila bercakap soal KAHWIN, ramai yang akan berasa teruja & TERFIKIR BAB HARGA PEKEJ. Mana tidaknya, itulah hari yang ditunggu-tunggu selama ini. Segalanya mahu sempurna... termasuklah gambar-gambar hari bahagia yang akan di bukukan / album untuk menjadi memori buat hari tua anda.
 
Maka bermulalah kisah perjalanan mencari fotografer yang ideal untuk merakam detik-detik indah di hari bahagia nanti. Tetapi... inilah yang sering menjadi dilema dan masalah bakal pengantin. Mereka tidak tahu akan cara bagaimana untuk memastikan segalanya berjalan dengan lancar. Eh...!!! bukan majlis saja perlu berjalan lancar ya, tetapi deklarasi / kerjasama anda bersama fotografer juga perlulah smooth and clear ada... FAHAM.
 

Jadi, buat bakal mempelai / PENGANTIN di luar sana,

ini dia antara perkara yang perlu anda tahu bagaimana

untuk HIRE FOTOGRAPHER bagi majlis anda nanti :

 
1. Tinjau artworks
First thing first, perkara pertama yang anda harus lakukan adalah anda harus tinjau atau lihat sendiri hasil kerja fotografer tersebut. Lihat sendiri hasil kerja mereka sama ada ia benar-benar memenuhi citarasa anda atau pun tidak. Senang kata, stalk semua gambar-gambar mereka sampai habis di Facebook, Instagram dan sebagainya.
 
2. Lihat feedback orang ramai
Lepas tinjau artworks dan sekiranya anda berminat, langkah seterusnya adalah go through semua feedback dan komen-komen pelanggan mereka sebelum ini. Kalau anda kenal salah seorang pelanggan mereka, lebih baik anda bertanya sendiri dengan pelanggan mereka tersebut. Ingat, gambar yang cantik tak semestinya menjanjikan perjalanan mendapatkan album yang 'cantik' juga ya... ada FAHAM.
 
3. Sesuai dengan bajet
Gambar cantik. Feedback pun bagus. Jadi anda sudah boleh mula melihat pakej yang ditawarkan. Adakah ia bersesuaian dengan bajet anda atau pun tidak. Jikalau ragu-ragu dengan pakej yang dikenakan agak mahal, bandingkan dengan pakej fotografer yang lain. Bandingkan harga dan barang yang anda akan dapat melalui pakej tersebut.
 
4. Fahamkan pakej betul-betul
Fahamkan betul-betul pakej yang ditawarkan. Album saiz berapa, poster frame saiz berapa. Gambar pula berapa keping. Sebarang kemusykilan terus saja tanya kepada fotografer. Kami yakin tak akan ada fotografer pun yang akan faham sekiranya anda kurang jelas.
 
5. Base di mana?
Bayangkan sekiranya majlis di Terengganu tetapi fotografer pula berada di MELAKA. Anda perlu membayar lebih dari segi kos perjalanan dan penginapan. Selalunya pakej yang ditawarkan tidak termasuk dua benda ni. 
Jadi kalau boleh cari fotografer yang sememangnya base berdekatan dengan majlis anda. Tapi kalau sanggup bayar lebih apa salahnya kan? Cuma, bila bab penginapan tu kenalah juga fikirkan. Jangan pula kononnya paksa fotografer tidur rumah pengantin sekali. Be professional...!!!
 
6. Lihat sendiri contoh album
Pelanggan tak akan faham apa itu photobook, custom album, mockup album, mockup sticky album dan banyak lagi lah. Jadi sebelum nak deal apa-apa, moleklah kiranya si pasangan pengantin turun dan berjumpa dengan fotografer itu sendiri. Lihat jenis album yang ditawarkan. Andaikata lah... anda segan nak bertanya... anda boleh lah buat rujukan / tinjauan / search di Dr. Goog
le ... di situ ada juga contoh-contoh albumnya ( sekadar contoh shj. ). Yelah, kadang-kadang saiz album ni tengok angka macam besar, bila dapat hhmm... besar A4 pun tak sampai. So, jadilah pasangan pengantin yang bijak.
 
7. Terangkan tentatif penuh majlis
Sebagai pelanggan yang ingin menggunakan khidmat seorang fotografer, anda WAJIB menerangkan tentatif penuh majlis kepada fotografer tersebut awal-awal. Beritahu mereka details tempat (dewan atau rumah), exact time nikah, sanding, malam berinai dan sebagainya. Jangan nanti elok-elok fotografer ingatkan nikah saja, tiba-tiba ada malam berinai sekali. Dapat fotografer yang berhati perut untunglah. Tapi dapat yang memang strict pandai-pandailah suruh anak buah ambil pakai phone sendiri. laughinglaughinglaughing
 
8. Clear dengan cara bayaran
Sebagai pengantin, anda perlu jelas dengan cara bayaran bermula dari deposit sehinggalah selesai semasa mengambil gambar dan album. Deal betul-betul dengan fotografer, berapa kali bayaran perlu dibuat. Make sure anda terima resit supaya anda sendiri sedia maklum berapa bayaran yang sudah dibuat dan baki yang tinggal.
 
 
Copyright ©2019 Gambar Kahwin Murah, All Rights Reserved.